Saturday, March 19, 2011

~ Dia dalam kenangan ~

Saat pertama kali mengenalinya hatiku begitu gembira. Saat bersamanya membuatkan hariku begitu ceria, bagaikan tiada masalah. Duniaku begitu indah sekali. Dia pandai menceriakan hari-hariku. Aku harap kebahagiaan ini akan berkekalan untuk selamanya. Serasa aku tidak sanggup untuk kehilangan dirinya. Aku tidak dapat membayangkan jika hari-hari yang aku lalui tanpa dirinya disisiku.

Tapi ianya bukan seperti yang aku harapkan, seperti yang aku dampakan. Aku memang berharap dia selalu disisiku, selalu membahagiakan aku, selalu menceriakan hariku, tapi apakan daya takdir tidak menyebelahiku. Kebahagiaan yang aku kecapi hanya seketika. Kebahagiaan yang dipinjamkan hanya untuk sementara. Kini dia hilang dari pandanganku, hilang dari hidupku, hilangnya langsung tiada jejak. Sudah puas aku menunggu seandainya dia akan menghubungiku semula tapi penantianku hanya sia-sia.

Kini aku melalui kehidupanku sendirian tanpa kehadirannya. Kenapa kau hadir dalam hidupku jika hanya sementara. Kenapa kau memberiku harapan sekiranya harapan untuk cuma hanya untuk sementara. Kini aku pasrah dengan ketentuan-Nya dan aku cuma berharap walau di mana engkau berada kau akan sentiasa bahagia walaupun hatiku telah kau lukai.

~ Bali, Indonesia ~

Pada awal bulan January, saya telah pergi bercuti di Bali, Indonesia selama 4 hari 3 malam. Memang seronok sangat dan merupakan pengalaman yg memang sukar utk dilupakan. kalau diberi peluang memang saya teringin nak pergi sekali lagi.

ini merupakan salah satu tempat yang memang sukar utk dilupakan dan akan selalu diingati. semua peniaga disini terlalu agresif dengan pelancong. sampaikan berjalan langsung tak boleh tengok barang2 yg dijual, kalau tengok pasti kena tarik.

ini masa first day sampai Bali. masa nie tengah tunggu pemandu pelancong bawak kita orang pergi jalan2. banyak tempat yg saya lawati sepanjang saya kat sana.

ini pula salah satu bilik hotel penginapan saya. memang cantik dan selesa. terasa sayang nak tinggalkan bilik ini.

ini merupakan pemandangan dihadapan bilik hotel saya. suasana dan pemandangan yang begitu indah sekali.

tempat yang pernah saya lawati sepanjang saya kat sana.


~ jenguk utk seketika ~

dah lama tak update blog saya..lagipun saya dh lama x jenguk blog nie..dh bersawang dan berhabuk agaknya blog saya nie..hehehe..masa tak mengizinkan untuk saya selalu menjenguk blog nie..insyaAllah..lepas ni saya mungkin akan selalu update blog saya...